Wednesday, 27 July 2011

Pelan Takaful ( Prima )

Pengenalan pelan
Merupakan pelan Takaful Keluarga yang menawarkan PERLINDUNGAN beserta SIMPANAN untuk masa hadapan. Pelan ini ditawarkan kepada individu yang berumur 6 bulan hingga 54 tahun sahaja.
Pelan ini memberikan jaminan Manfaat Perolehan setiap 3 Tahun ( anggaran 10% dari amaun perlindungan atas andaian pulangan pelaburan sebanyak 4% ke atas Akaun Khas peserta )
Kadar pulangan yang lebih tinggi atau rendah akan mengubah jumlah pembayaran ini 
Peserta yang menyertai pelan ini akan mendapat manfaat bila berlaku kematian atau keilatan kekal dan menyeluruh di sepanjang tempoh  penyertaan sehingga tamat tempoh sijil walaupun Manfaat Perolehan sudah dibayar

Nisbah Agihan Sumbangan

Tahun Akaun Peserta ( Simpanan ) Akaun Khas peserta ( Khairat )
1            0%                                                100%
2           10%                                               90% dan seterusnya

Pengeluaran Akaun Simpanan ( AP )
  • Peserta tidak dibenar mengeluarkan wang dari Akaun Peserta ( Akaun Simpanan  / AP )

Manfaat asas untuk pelan ini adalah seperti berikut:

  • Manfaat kematian
  • Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh
  • Pulangan tunai ketika sijil matang melalui akaun ( AP )

Manfaat kematian

  • Termasuk kematian atas sebab penyakit atau kemalangan

Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh

  1. Keilatan disebabkan oleh kecederaan tubuh yang menghalang orang yang dilindungi daripada melakukan sebarang urusniaga atau pekerjaan atau melakukan sebarang kerja untuk mendapatkan upah, pampasan, atau untung dengan syarat keilatan  tersebut mestilah berterusan tanpa sebarang gangguan untuk tempoh tidak kurang dari enam bulan
  2. Hilang keseluruhan penglihatan pada kedua belah mata, atau hilang/putus kedua belah tangan pada/atas pergelangan tangan; atau hilang/putus kedua belah kaki pada/atas buku lali, atau hilang/putus satu tangan pada/atas pergelangan tangan dan hilang/putus satu kaki pada/atas buku lali, atau kehilangan penglihatan untuk sebelah mata yang tidak dapat dipulihkan dan hilang/putus keseluruhan lengan/kaki pada/atas pergelangan tangan atau buku lali.
Untuk pelan juvana, hanya ( 2 ) sahaja terpakai

Manfaat tambahan

Manfaat tambahan yang boleh disertai adalah seperti berikut:-
  • Manfaat Hospital
  • Manfaat Pampasan Kemalangan
  • Manfaat Penyakit Kritikal ( 36 jenis penyakit )
  • Manfaat Hospital & Pembedahan ( Kad Kerubatan )

Contoh
Peserta memohon untuk mendapat perlindungan berjumlah RM50,000
Peserta akan menerima 10% dari jumlah amaun perlidungan setiap 3 tahun sekali sehingga sijil matang
Tahun               % Pulangan            Pulangan
1                         
2                         
3                         10                          RM5,000
4                         
5                         
6                         10                          RM5,000
7                         
8                         
9                         10                          RM5,000
10                      
11                       
12                      10                            RM5,000
13
14
15                      10                            RM5,000
16
17
18                     10                             RM5,000
19
20
21                     40                             RM20,000

Pelan yang menawarkan pulangan berjadual 10% setiap tiga tahun

Jika peserta meninggal dunia semasa sijil masih lagi berkuat kuasa. Waris peserta TETAP akan menerima jumlah khairat kematian sebanyak RM50,000 tanpa menolak jumlah yang telah diperolehi oleh peserta ketika ia masih hidup
Selain dari manfaat kematian dan manfaat keilatan kekal dan menyeluruh. pelan ini juga menawarkan manfaat tambahan seperti berikut:-
  • Manfaat Hospital
  • Manfaat pampasan kemalangan
  • Manfaat penyakit kritikal
  • Manfaat hospital dan pembedahan ( Kad Perubatan )

Tuesday, 26 July 2011

Pelan Takaful ( Mesra )

Pengenalan Pelan
Merupakan pelan Takaful Keluarga yang menawarkan PERLINDUNGAN beserta SIMPANAN untuk masa hadapan. Pelan ini ditawarkan kepada individu yang berumur 6 bulan hingga 60 tahun sahaja.
Peserta yang menyertai pelan ini akan mendapat manfaat bila berlaku kematian atau keilatan kekal dan menyeluruh di sepanjang tempoh  penyertaan sehingga tamat tempoh sijil.
Pelan ini sesuai kepada sesiapa sahaja yang memerlukan perlindungan takaful dan dalam masa yang sama mereka juga memerlukan simpanan untuk masa hadapan. Pelan ini memperuntukkan simpanan bulanan kepada setiap pelanggan seperti nisbah berikut.

Nisbah Agihan Sumbangan

Tahun Akaun Peserta ( Simpanan ) Akaun Khas peserta ( Khairat )
1            0%                                                100%
2           10%                                               90%
3           50%                                               50%
4          75%                                                25%  dan seterusnya

Pengeluaran Akaun Simpanan ( AP )

Peserta dibenar mengeluarkan wang dari Akaun Simpanan pada bila bila masa dan tidak dikenakan sebarang kadar faedah ( tertakluk kepada terma dan syarat ) Untuk maklumat lanjut, sila hubungi wakil anda atau hubungi kami dengan mengisi borang pertanyaan online di bahagian pertanyan
permohonan hendaklah dibuat oleh peserta dengan mengisi Borang Pengeluaran. Borang ini boleh didapati disemua Pejabat Cawangan yang berhampiaran dengan anda atau dari perunding kami yang berdekatan dengan anda

Manfaat asas untuk pelan ini adalah seperti berikut:

  • Manfaat kematian
  • Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh
  • Pulangan tunai ketika sijil matang

Manfaat kematian

  • Termasuk kematian atas sebab penyakit atau kemalangan

Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh

  1. Keilatan disebabkan oleh kecederaan tubuh yang menghalang orang yang dilindungi daripada melakukan sebarang urusniaga atau pekerjaan atau melakukan sebarang kerja untuk mendapatkan upah, pampasan, atau untung dengan syarat keilatan  tersebut mestilah berterusan tanpa sebarang gangguan untuk tempoh tidak kurang dari enam bulan
  2. Hilang keseluruhan penglihatan pada kedua belah mata, atau hilang/putus kedua belah tangan pada/atas pergelangan tangan; atau hilang/putus kedua belah kaki pada/atas buku lali, atau hilang/putus satu tangan pada/atas pergelangan tangan dan hilang/putus satu kaki pada/atas buku lali, atau kehilangan penglihatan untuk sebelah mata yang tidak dapat dipulihkan dan hilang/putus keseluruhan lengan/kaki pada/atas pergelangan tangan atau buku lali.
Untuk pelan juvana, hanya ( 2 ) sahaja terpakai

Pembayaran Manfaat

Manfaat kematian biasa dan kematian akibat kemalangan
  • Manfaat kematian + Jumlah Akaun Peserta+ Mudharabah dari Akaun Peserta

Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh
Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh akibat penyakit dan kemalangan( sebelum usia 65 tahun )
Manfaat ini akan dibayar kepada peserta secara berperingkat seperti berikut:-
  1. Tahun pertama 10% dari jumlah perlindungan + Jumlah Akaun Peserta + Mudharabah dari Akaun Peserta
  2. Tahun kedua 10% dari Jumlah perlindungan
  3. Tahun ketiga 10% dari jumlah perlindungan
  4. Tahun keempat 10% dari jumlah perlindungan
  5. Tahun kelima 60% dari jumlah perlindungan
Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh akibat penyakit atau kemalangan ( selepas usia 65 tahun )
  1. Tiada manfaat dibayar

Manfaat tambahan

Manfaat tambahan yang boleh disertai adalah seperti berikut:-
  • Manfaat Hospital
  • Manfaat Pampasan Kemalangan
  • Manfaat Penyakit Kritikal ( 36 jenis penyakit )
  • Manfaat Hospital & Pembedahan ( Kad Kerubatan )

KENAPA TAKAFUL?

Anda sebenarnya cukup beruntung kerana masih sempat mambaca isi kandungan didalam blog ini. Ada sebahagian dari sahabat anda sudah tidak mempunyai peluang berbuat demikian. Samada mereka telah meninggal dunia atau sedang bertarung nyawa diatas katil hospital.
Sedangkan anda pula dianugerahkan tuhan dengan kesihatan yang baik, kehidupan yang sempurna dengan masa yang lapang sehingga anda boleh menghabiskan saki baki masa yang masih ada dengan membaca blog ini.  
Takaful Keluarga adalah satu cara bagaimana untuk menjadikan wang anda bekerja apabila anda sudah tidak mampu bekerja untuk mandapatkan wang suatu hari nanti.
Anda masih ada masa untuk membuat suatu keputusan yang penting didalam hidup anda. Dengan sumbangan permulaan RM50.00 sebulan tidak akan menyebabkan anda jatuh miskin jauh sekali menjadi papa kedana.
Adakah dengan menyumbang RM50.00 sebulan akan menyebabkan keluarga anda akan jatuh muflis, miskin atau merempat?Saya yakin tidak akan sampai ketahap itu.
Tahukah anda, disaat anda sedang berfikir atau berkira kira untuk menyertai salah satu dari pelan perlindungan takaful. Berjuta orang yang sedang sakit, lumpuh atau terlantar di katil hospital sedang berkira kira untuk membayar kos rawatan mereka. Mereka bukan sahaja sedang berfikir untuk menjelaskan kos rawatan tersebut. Tetapi, mereka juga sedang sibuk berfikr bagaimana untuk mendapatkan wang bagi menjelaskan kos yang terpaksa ditanggung. 
Dengan RM50.00 sebulan. Anda bukan sahaja dapat meringankan beban keluarga anda, tapi anda juga sebenarnya telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan dikalangan orang orang Melayu Islam.
Rata ratanya individu Melayu hanya memiliki perlindungan Insuran dan Takaful pada kadar RM30,000.00 sahaja bagi setipa orang. Apa yang boleh waris anda lakukan dengan jumlag sebanyak itu?. Untuk beli motor kapcai pun tidak mencukupi apatah lagi untuk meneruskan kesinambungan kekuatan ekonomi bangsa Malayu pada masa depan.
Contoh:
Si ibu memiliki perlindungan Takaful Keluarga bernilai RM30,000.00 dan memiliki 4 orang anak. Secara purta anak anak beliau hanya akan menerima RM7,500.00 setiap seorang jika beliau meninggal dunia atau mengalami situasi dimana anda tidak mampu lagi bekerja. Apa yang boleh anak anak anda lakukan dengan wang sebanyak itu?
Ingat!!! anda masih ada masa, masih ada peluang dan masih ada kesempatan untuk mengubah ekonomi keluarga anda. Dengan menambah sumbangan tidak akan menyebabkan anda miskin atau merempat. Sedangkan orang lain boleh memiliki 3 hingga 4 polisi Insuran apakah kita hanya layak dengan 1 sijil takaful yang bernilai RM20.00 sebulan?
Ramai dari anda tidak selesa berbicara soal hidup dan mati. Walaupun anda tahu anda boleh meninggal hari ini. Andai kata anda meninggal sesudah anda membaca isi kandungan didalam laman web ini. Apakah yang akan anda tinggalkan untuk mereka yang masih hidup? Ada sebahagian dari anda lansung tidak mempunyai apa apa kecuali hutang keliling pinggang. Adakah itu yang akan anda tinggalkan buat isteri tercinta dan anak anak tersayang? Fikir fikirkan…

DEFINISI TAKAFUL

Dalam bahasa Arab, kata dasar bagi perkataan ‘Takaful’ ialah ‘Kafala’ yang bererti untuk menjamin, menjaga atau memelihara. Oleh kerana ‘Takaful’ merupakan katanama yang berasal daripada kata kerja ‘Takafala’ maka ianya juga bererti ‘Salin menjamin, menjaga atau memeilhara’
Menurut Akta Takaful 1984, “Takaful” ertinya satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta peserta jika diperlukan dimana peserta peserta sama sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu.
Secara amnya Takaful mempunyai tujuan yang sama dengan insurans konvensional dimana kedua duanya merupakan instrumen untuk mebantu golongan yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah